Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah yang dikesan di pengkalan haram MCA, di sini, pada Selasa.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pada jam lebih kurang 6.30 pagi itu pihak polis ternampak seorang lelaki sedang membawa satu beg di kawasan pengkalan haram haram semasa melakukan rondaan dalam Op Taring Wawasan di sini.
“Suspek melarikan diri dan meninggalkan beg tersebut di kawasan parkir motosikal setelah menyedari kehadiran polis.
“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati beg berkenaan mengandungi dadah jenis ganja seberat 5kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM15,500 dan disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hasil rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






