Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas ayam sejuk beku bernilai RM10,500, di Cabang 3 Tok Deh, di sini, pada Sabtu.
Menurut ciapan Facebooknya, BN 7 PGA juga menahan seorang suspek berusia 23 tahun dioercayai cuba menyeludup masuk ayam sejuk beku tanpa dokumen yang sah dari Thailand untuk pasaran tempatan.

Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 8 pagi apabila ternampak sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.
Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






