Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bridged Tenggara merampas produk kosmetik bernilai RM94,500, Pengkalan Haram Jitong, di sini, pada Jumaat.
Menurut ciapan Facebooknya, rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA kira-kira jam 5.30 petang apabila ternampak pintu stor terbuka di pengkalan haram semasa membuat rondaan Op Taring WAWASAN, di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak produk kosmetik dipercayai dari Thailand ditemui di dalam stor tersebut. Produk kosmetik ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.
Kes disiasat dibawah Sek 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






