Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas lebih 5000unit rokok elektronik yang bernilai RM 525,000, di Kampung Bendang Pak Yong, di sini pada Selasa.
Menurut ciapan Facebooknya, rampasan itu dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA dalam Op Taring Wawasan pada jam lebih kurang 1.30 tengahari apabila ternampak sebuah van tanpa pemandu dalam keadaan mencurigakan di belakang rumah tidak bernombor.

Hasil pemeriksaan mendapati rokok elektronik ditemui di dalam beberapa kotak dalam van tersebut.
Rokok elektronik itu disyaki untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






