Home Hiburan TIBA-TIBA NAK LANCAR SINGLE FATTAH, FAZURA. APA TUJUAN HITS RECORDS?

TIBA-TIBA NAK LANCAR SINGLE FATTAH, FAZURA. APA TUJUAN HITS RECORDS?

219
0

SUNGAI BULOH: “Ia bukan satu masa yang tepat dan tajuknya pun sangat ‘wow’!” kata pengurus Fazura, Iman Tang mengenai single duet Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin berjudul Bertahan Demi Cinta yang dikatakan akan dilancarkan di semua platform penstriman digital, esok.

Iman berkata, dia juga tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengenai pelancaran single itu.

“Sebenarnya lagu ini dulu dirakam dengan syarikat rakaman Hits Records dari Indonesia dan tak dikeluarkan. Tiba-tiba hari ini (semalam) keluar berita akan dikeluarkan.

“Saya tanya Fazura dan abangnya, mereka pun tidak tahu mengenainya. Mereka tidak maklum apa-apa, tiba-tiba akan lancarkan lagu itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Datuk M Nasir untuk Konsert M Nasir Cipta 2, di sini, malam tadi.

Syarikat milik Iman Tang, Icon Entertainment adalah penganjur konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Iman berkata, dia tidak mahu timbul persepsi mengaitkan kes perceraian pasangan ini sebagai gimik untuk menjual produk.

“Lagu itu dah rakam lama cuma tak keluar. Ia untuk drama Hero Seorang Cinderella musim kedua. Saya tak terbabit kerana urusan lagu ini dibuat oleh Universal Music. Apa rancangan mereka pun saya tak tahu.

“Bagi saya, cara itu tak betul. Pada waktu ini lagu itu keluar, mungkin pada mereka waktu inilah orang nak dengar. Secara peribadi saya rasa mereka menangguk di air yang keruh. Benda itu bukanlah bagus.

“Sebagai seorang Islam, kita tak minta ia (perceraian) berlaku. Ia macam tak hormat waktu yang sukar buat mereka. Guna otak sebelum buat sesuatu macam itulah,” katanya.

Menurutnya, perkara ini diserahkan kepada peguam Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan untuk tindakan lanjut.

“Saya tak tahu apa keputusannya. Mungkin Fakhrul sudah hubungi mereka. Fazura pun kata tak setuju lagu ini dikeluarkan. Sudah tentu semua orang tak setuju.

“Kalau Fazura promosi saya akan marah. Sekarang bukan masa yang sesuai dan ia bukan gurauan. Jangan menunggang sesuatu isu. Saya tak tahu kalau dia harus terikat dengan kontrak untuk promosi,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here