Home Luar Negara PESTA API IRAN RAGUT 5 NYAWA, 91 CEDERA DALAM 10 HARI

PESTA API IRAN RAGUT 5 NYAWA, 91 CEDERA DALAM 10 HARI

TEHRAN: Lima maut, manakala 91 lagi cedera dalam tempoh 10 hari sejak 20 Februari lalu menjelang sambutan Chaharshanbeh Soori atau Pesta Api di Iran, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita ISNA semalam.

Jumlah kematian meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu, manakala kecederaan meningkat sebanyak 57 peratus, lapor ISNA yang memetik Ketua Pertubuhan Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar.

Beliau menyatakan satu daripada kematian berlaku di Tehran, manakala empat lagi di wilayah barat laut Azarbaijan Barat.

Miadfar berkata dalam kalangan mereka yang cedera, 15 orang telah diamputasi, 31 mengalami kecederaan mata dan 41 melecur.

Kemalangan disebabkan bunga api lebih kerap berlaku di Iran pada hari-hari menjelang Pesta Api yang disambut rakyat Iran pada malam Rabu terakhir sebelum Nowruz, Tahun Baharu Iran, yang jatuh pada 20 Mac tahun ini.

Pesta Api akan disambut pada 12 Mac tahun ini. – Bernama-Xinhua, BH Online –

Ends.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here