Home Luar Negara PESAWAT PEJUANG TERHEMPAS KETIKA PERTUNJUKAN UDARA, 2 JURUTERBANG MAUT

PESAWAT PEJUANG TERHEMPAS KETIKA PERTUNJUKAN UDARA, 2 JURUTERBANG MAUT

ATHENS: Sebuah pesawat pejuang Greece terhempas ketika terbabit pertunjukan udara di Pangkalan Udara Tanagra, kira-kira 55 kilometer di utara Athens, sehingga mengorbankan dua juruterbangnya, menurut akhbar TO Proto Thema, semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik laporan Bernama-dpa menerusi Berita Harian, kedua-dua juruterbang pesawat F-4 Phantom itu ditemui maut, menurut laporan berkenaan.

Punca kejadian masih belum diketahui, manakala acara berkenaan dibatalkan serta-merta susulan insiden itu.

“Kami mendengar bunyi dentuman sangat kuat dan sejurus selepas itu melihat kepulan asap hitam tebal,” kata seorang penduduk tempatan kepada akhbar Kathimerini.

Pelbagai rakaman video dimuat naik oleh penonton di YouTube yang memaparkan insiden terbabit. 

Pertunjukan Minggu Penerbangan Athens dianjurkan pada setiap September di Pangkalan Udara Tanagra sejak 12 tahun lalu. 

Puluhan pesawat tentera dan awam serta pasukan pertunjukan udara akrobatik dari pelbagai negara termasuk Perancis, Austria, Sepanyol dan Itali, menyertai pertunjukan udara antarabangsa itu pada tahun ini.

Tentera Udara Jerman turut diwakili oleh beberapa pesawat, termasuk Eurofighter Typhoon dan Tornado.

Pihak penganjur memaklumkan bahawa tidak pernah berlaku sebarang kemalangan sepanjang sejarah penganjuran acara berkenaan sebelum ini. – BERNAMA-dpa, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here