Home Buletin Semasa SABAH MASIH PERLUKAN SUBSIDI ELEKTRIK

SABAH MASIH PERLUKAN SUBSIDI ELEKTRIK

167
0

KOTA KINABALU: Selepas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diambil alih kerajaan negeri daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kerajaan Persekutuan masih disarankan untuk meneruskan pemberian subsidi penjanaan elektrik di Sabah

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata Sabah masih memerlukan sumbangan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai penjanaan elektrik.

Menurutnya, ketika ini SESB membeli bekalan elektrik pada kadar 40 sen satu kilowatt sejam daripada pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Tenaga elektrik itu kemudian dijual kepada pengguna di Sabah pada kadar 34 sen satu kilowatt sejam, dengan SESB menanggung rugi enam sen setiap kilowatt.

“Bagi menampung kos kerugian, Kerajaan Persekutuan selama ini memberikan peruntukan subsidi kira-kira RM400 juta setahun kepada Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada persidangan Parlimen dua hari lalu, Tangau mengemukakan cadangan supaya Kerajaan Persekutuan meneruskan pemberian subsidi penjanaan elektrik yang diberikan kepada Sabah selama ini.

Katanya, sumbangan subsidi elektrik itu masih perlu, walaupun SESB sudah diambil alih kerajaan negeri daripada TNB kelak.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri perlu melalui proses atau fasa tertentu untuk menangani kerugian itu.

Sehubungan itu, Tangau berharap sepanjang proses itu berlaku, Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan pemberian subsidi seperti diberikan sebelum ini.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here