Home Buletin Semasa PESAKIT MENTAL MAUT DALAM KEBAKARAN

PESAKIT MENTAL MAUT DALAM KEBAKARAN

149
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental maut dalam kebakaran di dalam bilik sebuah rumah di Desa Country Homes dekat Rawang, awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima laporan itu pada jam 6.28 pagi dan dua jentera tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat.

“Ketika kejadian, mangsa lelaki tempatan berusia 56 tahun yang tinggal bersama abangnya, rentung.

“Kebakaran sudah dipadamkan orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, abang mangsa berusia 65 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggaran kemusnahan 10 peratus dan pihak bomba sedang menjalankan overhaul bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” katanya.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here