MAKKAH: Seorang Wanita merupakan jemaah umrah warga Singapura telah melahirkan seorang bayi lelaki di Makkah, Rabu lalu, menurut sumber perubatan.
Sumber berkata wanita berusia 30-an itu melahirkan bayinya secara normal dan kedua-dua mereka dalam keadaan sihat.
Jemaah yang hamil sembilan bulan itu dimasukkan ke Pusat Kecemasan Haram 3 di bawah Kluster Kesihatan Makkah pagi Rabu.
Memetik laporan Saudi Gazette, pasukan perubatan di pusat itu bergegas membantu jemaah berkenaan yang bersalin normal sebelum ibu dan bayi dipindahkan ke Hospital Bersalin dan Kanak-kanak untuk rawatan susulan.
Kluster Kesihatan Makkah berkata dalam satu kenyataan: “Kami berkongsi kegembiraan jemaah umrah dan keluarganya, dan kegembiraan berganda untuk semua kakitangan perubatan kami.
Hospital Kecemasan Ajyad dan Hospital Al-Haram dan Pusat Kecemasan komited memanfaatkan semua tenaga kerja mereka di hospital dan pusat kecemasan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang diperlukan kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram.
Hospital Kecemasan Ajyad menyediakan perkhidmatan perubatan kepada lebih 42,000 pesakit melalui jabatan kecemasan untuk pengunjung, jemaah, warganegara dan penduduk sepanjang 2022. – AGENSI
Sumber AGENSI
Imedikel TV






