Home Luar Negara PERLUMBAAN TRADISI KAYAK LABU

PERLUMBAAN TRADISI KAYAK LABU

BRUSSELS: Lebih 300 peminat labu di utara Belgium, menyertai perlumbaan kayak yang diperbuat daripada buah berkenaan, di kolam dekat bandar Kasterlee, semalam.

Acara perlumbaan tradisi itu menandakan kemuncak musim labu pada tahun ini.

Perlumbaan itu bermula pada 2008 selepas petani tempatan memutuskan mencari kegunaan berbeza untuk labu seberat 400 kilogram (kg) di samping menjadikannya sebagai sup.

Acara itu dianjurkan hasil kerjasama antara Persatuan Labu tempatan dan Kelab Kayak Kasterlee

Pihak sama mengadakan pertandingan labu terbesar pada tahun ini, yang menyaksikan juara Eropah dengan buah itu yang seberat 1,160 kg.

Untuk mendapat labu sebesar itu itu juga sudah seperti satu perlumbaan. Ia kerana buah itu hanya mula membesar pada bulan Jun. Jadi peserta mempunyai masa antara empat hingga lima bulan untuk menambah berat labu berkenaan.

Pakar mencari labu dengan beratnya antara 300 kg dan 500 kg untuk digunakan sebagai kayak untuk digunakan dalam perlumbaan berkenaan.

Bagaimanapun, mengendalikan kayak itu yang luar biasa memerlukan kemahiran.

“Ia adalah kayak tetapi (ia) tidak mempunyai bahagian depan atau belakang, jadi terdapat banyak otot yang kamu perlukan untuk mencuba dan memastikan ia stabil dan pergi ke arah yang kamu perlukan,” kata Mark Smitham, lelaki Inggeris yang tinggal di Brussels.

Selepas perlumbaan, labu tidak dimakan tetapi masih dapat digunakan untuk perkara lain. – REUTERS –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here