Home Buletin Semasa DUN PANCHOR SUMBANG BEKALAN MAKANAN KEPADA BOMBA TANDA PRIHATIN USAHA PEMADAMAN API

DUN PANCHOR SUMBANG BEKALAN MAKANAN KEPADA BOMBA TANDA PRIHATIN USAHA PEMADAMAN API

136
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor mengambil inisiatif menyumbangkan bekalan makanan dan minuman kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan yang berusaha memadam kebakaran di tapak pengumpulan bahan kitar semula, di di sini.

Menurut Ketua Setiausaha Dun Panchor, Wan Mohd Hadiey Yusoff, ia salah satu sokongan terhadap operasi pemadaman dan bekalan itu akan sentiasa berterusan dari masa ke semasa.

“Sebaik sahaja tahu berita kebakaran ini, pihak kami berhubung dengan salah seorang wakil bomba untuk tanya keperluan yang boleh dibantu dan setakat ini kita dapat salurkan air minuman, inshaallah pada Tengah hari nanti kita akan bawa bekalan makanan kepada anggota bomba.

“Untuk permulaan ini, kita bawakan air minuman dan 100plus sebanyak lima dozen,” katanya ketika ditemui pada tapak pengumpulan bahan kitar semula, di Padang Tembak, di sini, hari ini.

Wan Mohd Hadiey berkata, pihaknya bersama beberapa penghulu di DUN tersebut sentiasa cakna dan turut prihatin terhadap sebarang insiden atau kecemasan yang berlaku dalam daerah tersebut.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sempat meninjau lokasi kebakaran tersebut.

IMedikel TV semalam melaporkan, sebuah kilang tempat pengumpulan bahan kitar semula terbakar di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 petang semalam dengan 80 peratus premis dilaporkan musnah, namun tiada kemalangan jiwa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here