Home Sukan PENYOKONG HARIMAU MALAYA BERSOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

PENYOKONG HARIMAU MALAYA BERSOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

137
0

KUALA LUMPUR: Penyokong Harimau Malaya menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang kini berada dalam situasi peperangan di Semenanjung Gaza.

Beberapa bendera negara Palestin dilihat dikibarkan penyokong Harimau Malaya ketika aksi Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Tidak cukup dengan itu, lagu ‘Demimu Palestin’ turut dinyanyikan penyokong di dalam stadium terutama membabitkan kumpulan Ultras Malaya.

PENYOKONG Harimau Malaya yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil turut menzahirkan solidariti buat Palestin yang kini dihimpit konflik dengan Israel. – FARIZ RUSADIO

Situasi itu seakan Palestin turut berada dalam Pestabola Merdeka meskipun mereka menarik diri pada saat akhir.

Palestin sepatutnya menjadi antara pasukan yang menyertai Pestabola Merdeka kali ini, namun situasi tegang di negara itu menyebabkan mereka terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Penarikan diri Palestin menyaksikan Pestabola Merdeka hanya disertai tiga pasukan dengan Tajikistan mendapat ‘bye’ aksi pertama dan terus mara ke final.

-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here