Home Buletin Semasa PENJUAL MAKANAN DIDAKWA BERLAGAK WANITA DISIASAT PIHAK BERKUASA AGAMA

PENJUAL MAKANAN DIDAKWA BERLAGAK WANITA DISIASAT PIHAK BERKUASA AGAMA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penjual makanan berusia 25 tahun yang didakwa memaparkan dirinya berlagak seperti wanita menerusi media sosial sedang disiasat pihak berkuasa agama negeri ini.

Lelaki itu sebelum ini ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) pada 9 November tahun lalu sebelum dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM3,000.

Peguam Syarie, Muhammad Syarafi Mohd Salleh berkata, anak guamnya bagaimanapun tidak akan dituduh pada hari ini berikutan beberapa isu teknikal membabitkan kertas pendakwaan yang masih belum lengkap.

“Oleh itu, pihak kami akan memohon supaya bon jaminan dilanjutkan sehingga satu tarikh baharu bagi pertuduhan ditetapkan oleh mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Syariah di Tunjong, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan bermula daripada aduan awam berhubung video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

“Anak guam saya mempunyai beberapa video di TikTok, namun setakat ini saya belum dapat memastikan secara spesifik kandungan video yang menjadi asas siasatan.

“Tarikh lanjutan bon jaminan dan butiran lanjut berkaitan kandungan video itu akan diketahui selepas kertas pertuduhan dilengkapkan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here