Home Buletin Semasa PENIAGA PREMIS DILARANG SIMPAN LEBIH 10 PAKET MINYAK MASAK

PENIAGA PREMIS DILARANG SIMPAN LEBIH 10 PAKET MINYAK MASAK

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Peniaga premis makanan diingatkan agar tidak menyimpan lebih daripada 10 paket minyak masak bersubsidi kerana tindakan tersebut melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, minyak masak bersubsidi dalam paket satu kilogram hanya diperuntukkan untuk kegunaan isi rumah dan bukannya untuk tujuan komersial.

“Saya ingin tekankan, minyak masak paket adalah untuk pengguna isi rumah. Sekiranya ada peniaga menyalahgunakan minyak ini dan menyimpan lebih daripada 10 kilogram, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran KPDN Kelantan di pejabat kementerian KPDN, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa kes yang melibatkan penyalahgunaan minyak masak bersubsidi oleh peniaga makanan.

Katanya, bagi membendung isu terbabit, pihak KPDN bermula dengan repacker akan menentukan pembekalan minyak masak paket terutama di pasar raya kerana lebih mendapat tumpuan yang besar.

Jelasnya, setiap pasar raya mendapat kouta bekalan minyak masak paket yang berbeza bergantung kepada kapasiti pasar raya berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here