Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang peniaga didenda RM350 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan berniaga tanpa lesen yang sah di Ketereh pada November tahun lalu.
Tertuduh, Abdul Rahim Othman, 51 membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati berniaga barangan terpakai (second hand) tanpa lesen yang sah di Kampung Batu Tinggi Ketereh pada jam 12.30 tengah hari, 11 November lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekenhend 1946 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK) Ariyani Mohd Amin@Abdul Hamid.
Rais Imran kemudian mengenakan denda sebanyak RM350, sekiranya gagal bayar tertuduh boleh dipenjara selama tujuh hari.
IMedikel TV






