Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
GUA MUSANG: Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan kebajikan penduduk orang asli, di sini.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Zamakhshari Muhammad dalam ciapan Facebooknya berkata beliau menyantuni penduduk orang asli di Pos Hendrop, di sini, bagi mendengar permasalahan mereka.

“Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat bersua dengan masyarakat di sini. Dengan cara ini sekaligus dapat mendekati dan mendengar isu yang dihadapi penduduk di sini.
“Dari situ kita dapat tengok dan ambil langkah yang sewajarnya. Ini juga adalah sebahagian usaha kerajaan negeri untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat orang asli,”katanya dalam kenyataan itu pada Ahad.
Hadir sama, Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Mohd Tarmizi Abd Rahman.
IMedikel TV






