Home Buletin Semasa PENIAGA DIDENDA RM45,000, KOS PENDAKWAAN RM5,000 PALSUKAN DOKUMEN, PINDAH SAHAM SYARIKAT

PENIAGA DIDENDA RM45,000, KOS PENDAKWAAN RM5,000 PALSUKAN DOKUMEN, PINDAH SAHAM SYARIKAT

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KOTA BHARU: Seorang peniaga dikenakan denda sebanyak RM45,000 bersama kos pendakwaan RM5,000 atas dua tuduhan memalsukan dokumen berhubung peletakan jawatan pengarah syarikat dan pemindahan saham di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Orang Kena Saman (OKS), Mohd Lukmanulhakim Ab Hamid, 38 setelah disabitkan atas dua pertuduhan tersebut.

Semalam ditetapkan untuk perbicaraan akhir dan jatuh hukum selepas tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan pada 18 September 2019 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua pada 13 Oktober 2019.

Mohd Zul Zakiqudin menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 bagi pertuduhan pertama, jika gagal bayar enam bulan penjara, manakala bagi pertuduhan kedua denda dikenakan sebanyak RM15,000, jika gagal bayar tiga bulan penjara.

Hakim juga menaikkan jaminan kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan notis rayuan perlu difailkan semalam.

Kes berkenaan dikendalikan dua Pegawai Pendakwa SSM diwakili Faizal Mahdi Mahmud dan Abdul Hadi Abdul Muti, manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 18 September 2019, tertuduh melakukan kesalahan di SSM Kota Sri Mutiara telah membenarkan Zurina@ Mohd Rozilan Mohammad Radin, Setiausaha Syarikat HD Jaya Trading Sdn Bhd untuk membuat satu penyataan palsu dokumen satu dokumen yang dikehendaki diserahsimpan di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016 (Akta 777).

Pernyataan tersebut adalah berhubung dengan peletakan jawatan Noorfaradila Ab Kadir, 39, sebagai Pengarah Syarikat HD Jaya Trading Sdn. Bhd. adalah palsu.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 591 (2) (a) Akta Syarikat 2016) (Akta 777) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama, yang mana sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tidak melebihi tempoh 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua pula, pada 13 Oktober 2019, di SSM Kota Sri Mutiara, di sini, OKS telah membenarkan Zurina@ Mohd Rozilan Mohammad Radin, Setiausaha Syarikat HD Jaya Trading Sdn Bhd telah membuat satu penyataan palsu iaitu satu dokumen yang dikehendaki diserahsimpan di bawah Seksyen 51 Akta Syarikat 2016 (Akta 777).

Pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pemindahan saham sebanyak 80,000 unit di dalam syarikat HD Jaya Trading Sdn. Bhd milik NoorfaradilaAb Kadir, 39, kepada Nurfatihah Ab Hamid, 40 adalah palsu.

Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016) (Akta 777) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama, yang sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tidak melebihi tempoh 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here