Home Buletin Semasa HAFIZUL AKUI MASIH SAYANGKAN ISTERI

HAFIZUL AKUI MASIH SAYANGKAN ISTERI

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KOTA BHARU: “Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri, Farah Md Isa, terima kasih,” itu luahan suspek kes tembak di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Hafizul Hawari, 38 ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam bagi menghadapi perintah sambung reman lima hari.

Tempoh sambung reman berkuat kuasa bermula 23 April (hari ini) sehingga 27 April (Sabtu) ini.

Perintah sambung reman tersebut dibuat di hadapan Majistret, Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Suspek yang ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Kota Bharu pada 15 April sebelum ini ditahan reman kali pertama selama tujuh hari bermula 16 April dan tamat pada semalam.

Perintah reman disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Sebelum itu, suspek yang berbaju lokap berwarna oren dibawa menggunakan lori polis dan tiba di pekarangan mahkamah pada 8.35 pagi, semalam.

Terdahulu media melaporkan, pada kejadian 1.20 pagi, 14 April lepas, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek, cedera parah apabila tembakan dilepaskan mengenai perut mangsa.

Isteri suspek yang menjadi sasaran sebenar bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here