Home Buletin Semasa PENGAWAL KESELAMATAN HILANG SEMASA MEMUKAT SOTONG DITEMUKAN NELAYAN

PENGAWAL KESELAMATAN HILANG SEMASA MEMUKAT SOTONG DITEMUKAN NELAYAN

298
0

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan yang terjatuh daripada bot dinaikinya semasa memukat sotong di sekitar kawasan Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini kelmarin ditemui dalam keadaan selamat selepas 16 jam terapung di dalam air.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata mangsa, Muhamad Nursyarif Mat Nasir, 28 diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.

“Jumlah keluasan kawasan pencarian sepanjang Op Mencari dan Menyelamat ialah 17 batu nautika persegi, melibatkan sebuah aset laut Maritim Malaysia iaitu Bot Penyelamat 7 dan turut dibantu dua bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta sebuah bot dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi mencari turut dibantu oleh orang awam daripada Persatuan Nelayan Kota Bharu yang menggerakkan kira-kira 20 bot nelayan bagi membantu mencari mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya ketika ditemui, Muhamad Nursyarif masih lagi lemah dan tidak bermaya dan dia dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu untuk rawatan selanjutnya.


Semalam media melaporkan Muhamad Nursyarif dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot yang dinaikinya semasa memukat sotong di sekitar kawasan Pantai Mek Mas, Kuala Besar, di sini.

Dia disedari hilang selepas seorang penduduk tempatan melihat bot yang dinaikinya tersadai di tepi pantai tersebut kira-kira pukul 6.50 petang, kelmarin.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here