Home Politik PEMILIHAN PAS: SANUSI TAK BERGANJAK, TOLAK TANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN

PEMILIHAN PAS: SANUSI TAK BERGANJAK, TOLAK TANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN

398
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak merebut jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan parti tu sempena Muktamar Tahunan ke-71 di sini, pertengahan bulan depan.

Memetik laporan Berita Harian sebaliknya, beliau yang juga Menteri Besar Kedah memilih untuk mempertahankan kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat bagi penggal 2025-2027.

“Saya tidak bertanding naib presiden, hanya akan bertanding jawatan AJK Pusat,” katanya ketika ditemui pada Program Perarakan Bot Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Muzium Negeri, di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi bagaimanapun enggan mengulas lanjut alasan beliau menolak pencalonan jawatan itu buat kali ketiga.

Pada pemilihan 2023 dan 2021 beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS turut menolak pencalonan itu walaupun sudah diumumkan layak selepas dicalonkan beberapa Kawasan PAS.

Pada 2023, beliau menerima undian tertinggi sebagai AJK Pusat dengan 1,098 undi.

Ketika ditemui media kelmarin, Muhammad Sanusi sudah memberi bayangan bahawa tidak akan merebut jawatan Naib Presiden PAS.

“Siapa yang sudah ada kebiasaan, dia biasa duduk situ dan buat kerja dengan baik teruskanlah. Tak ada persaingan atau perebutan apa.

“Sikap saya pun sama tak akan bersaing dengan sesiapa, terus terang tak ada yang tersembunyi dan tak ada yang tersirat,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi antara empat calon yang diumumkan layak bertanding jawatan itu bersama tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Idris Ahmad. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here