Home Buletin Semasa PESAKIT PERLU NASIHAT DOKTOR SEBELUM SERTAI AKTIVITI SUKAN

PESAKIT PERLU NASIHAT DOKTOR SEBELUM SERTAI AKTIVITI SUKAN

545
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Biarpun berdepan masalah kesihatan, namun ada peserta yang tetap bersemangat menyertai aktiviti larian.

Ini membuktikan bahawa aktiviti fizikal seperti itu bukan sahaja untuk mereka yang sihat, tetapi juga menjadi sumber kekuatan dan motivasi kepada yang sakit.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Izamin Idris berkata, bagaimanapun bagi pesakit beliau menyarankan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum menyertai aktiviti sukan.

“Contohnya individu yang ada masalah sendi lutut, kita tidak sarankan aktiviti larian sebaliknya, mereka boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan bagi memastikan tubuh kekal aktif.

“Tahap kecergasan pesakit berbeza mengikut keadaan semasa mereka, oleh itu aktiviti yang sesuai perlu dikenal pasti bagi mengelakkan risiko berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara Merdeka Fun Run 2025, di Perkarangan Aeon Mall Kota Bharu, di sini hari ini.

Jelasnya, beliau turut menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan pada program tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here