Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
JELI: Dua maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan sebuah lori di Lebuh Raya Timur-Barat, berhampiran sempadan Perak-Jeli, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 3.23 petang sebelum sebuah jentera dari BBP Jeli bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi pada jam 3.57 petang, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan dengan mangsa tersepit.
“Seramai tujuh mangsa terlibat, dua daripadanya disahkan meninggal dunia manakala lima lagi cedera.
“Kami telah melakukan size-up untuk menyelamatkan mangsa,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
IMedikel TV






