Home Buletin Semasa MB KELANTAN SAMPAIKAN AMANAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 68

MB KELANTAN SAMPAIKAN AMANAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 68

450
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 disambut penuh gilang gemilang di Stadium Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata rakyat Kelantan sentiasa menunjukkan semangat yang luar biasa.

“Kita berhimpun bagi menyatakan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terhingga, dengan menyambut Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan yang diadakan penuh gilang-gemilang ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh hadirin yang hadir memenuhi setiap inci ruangan stadium, bagi menghayati dan meraikan tarikh keramat 31 Ogos yang cukup bersejarah kepada negara tercinta ini.

“Pastinya saya yakin, kehadiran yang begini ramai adalah datangnya daripada semangat yang kasihkan negara dan seolah-olah mengalir jiwa merdeka yang sejati di dalam setiap hati rakyat negeri Kelantan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Jelasnya tarikh keramat itu sudah mengubah landskap kehidupan rakyat.

“Dahulunya negara kita dijajah selama ratusan tahun. Nasib dan hala tuju tanah air sendiri, ditentukan openjajah yang berkuasa dan kita sebagai rakyat, hilang daulat untuk menentukan masa depan anak bangsa sendiri.

“Namun, apabila diisytiharkan kemerdekaan segalanya berubah dan kini semuanya bergantung kepada keputusan kita sendiri untuk menentukan, baik atau buruk kepada tanah air yang dikasihi ini,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here