Home Buletin Semasa PEMANDU TERTEKAN PEDAL MINYAK REMPUH PELAJAR TINGKATAN SATU DI HADAPAN SURAU SEKOLAH

PEMANDU TERTEKAN PEDAL MINYAK REMPUH PELAJAR TINGKATAN SATU DI HADAPAN SURAU SEKOLAH

49
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera parah akibat dirempuh oleh sebuah kereta yang dipercayai tertekan pedal minyak di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 petang tadi apabila kedua-dua mangsa sedang memakai kasut di hadapan surau sekolah sebelum dirempuh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, mengikut siasatan asal seorang wanita sedang memandu di dalam kawasan sekolah dan dipercayai tertekan pedal minyak dan terbabas ke hadapan sehingga terlanggar dua orang pelajar serta tiang batu surau itu.

“Akibat perlanggaran itu, seorang pelajar mengalami cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang
Kerian untuk bedah siasat.

“Manakala seorang lagi pelajar mengalami cedera di bahagian badan dan sedang
menerima rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian kemalangan ini tampil hadir untuk membantu
siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

“Pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalanraya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalulintas yang berkuatkuasa di Malaysia,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here