Home Sukan PELUANG KE SUKAN ASIA MASIH TERBUKA BUAT ATLET NEGARA

PELUANG KE SUKAN ASIA MASIH TERBUKA BUAT ATLET NEGARA

15
0

KUALA LUMPUR: Peluang buat atlet olahraga negara untuk mengesahkan tempat ke Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 masih terbuka meskipun Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah mengadakan mesyuarat pemilihan awal beberapa minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, proses pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana beberapa acara masih berada dalam fasa kelayakan sebelum senarai akhir dihantar pada Ogos.

Menurutnya, atlet yang masih belum mengesahkan tempat tidak perlu berasa bimbang kerana masih mempunyai ruang untuk membuktikan kemampuan masing masing dalam beberapa kejohanan yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

“Kita masih menunggu penyertaan mengikut nama (entry by name) sebelum memuktamadkan senarai terakhir.

“Jadi bagi beberapa jenis sukan, peluang masih lagi terbuka untuk pemilihan ke temasya terbabit. Kemungkinan proses itu akan selesai pada bulan Ogos,” katanya. 

Beliau berkata, semua atlet perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan yang masih berbaki bagi memastikan mereka memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan MOM.

Katanya, prestasi semasa akan menjadi antara aspek utama yang dinilai sebelum keputusan muktamad dibuat bagi menentukan senarai kontinjen Malaysia ke Jepun.

Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 dijadual berlangsung pada September depan dengan Malaysia dijangka menghantar kontinjen yang mampu memberi saingan dalam pelbagai acara.

Jefri turut berharap atlet yang masih memburu tiket tidak mensia siakan peluang yang ada dan menggunakan setiap kejohanan sebagai platform membuktikan kemampuan mereka.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here