Home Sukan MESSI DIGESA JANGAN AMBIL SEPAKAN PENALTI

MESSI DIGESA JANGAN AMBIL SEPAKAN PENALTI

13
0

LONDON: Pengacara ITV, Mark Pougatch mempersoalkan sama ada sudah tiba masanya Argentina menarik balik tugas Lionel Messi daripada mengambil sepakan penalti.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali itu sekali lagi gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Argentina bangkit menewaskan Mesir 3-2 pada aksi pusingan 16 terbaik, awal pagi tadi.

Walaupun Argentina akhirnya mara hasil kebangkitan dramatik dengan Messi turut menjaringkan gol kedua pasukannya, sepakan penalti yang gagal disempurnakan menyaksikan dia kini terlepas empat daripada lapan percubaan penalti dalam aksi Piala Dunia, tidak termasuk penentuan penalti.

Ketika penyokong dan pemerhati masih memperkatakan kebangkitan lewat Argentina, Pougatch bersama Roy Keane, Gary Neville dan Ian Wright membincangkan sama ada Messi masih wajar diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti.

“Kami melihatnya di studio dan kami memang tidak yakin dia akan menjaringkan gol. Rekodnya memang tidak begitu baik. 

“Bagi seorang pemain sehebat Messi, seolah-olah dia kurang keyakinan terhadap dirinya sendiri ketika mengambil penalti. Ia agak mengejutkan,” kata Keane. 

Pougatch kemudian menyambung: “Lionel Messi, sehebat mana pun dia, sekali lagi gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Ini adalah penalti kedua yang dia gagal jaringkan pada Piala Dunia kali ini dan ia satu rekod yang tidak bagus.

“Ini bermakna dia gagal menyempurnakan separuh daripada sepakan penalti yang diambilnya di Piala Dunia, tidak termasuk penentuan penalti.

“Adakah sudah tiba masanya seseorang mengambil alih tugas penalti daripada Messi?

“Maaf, adakah seseorang perlu berkata kepada Lionel Messi, ‘Saya tidak kisah awak Lionel Messi, tetapi awak sebenarnya tidak begitu bagus mengambil penalti?'”-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here