Home Luar Negara PELAJAR ITALI-PALESTIN DITAHAN ISRAEL AKAN DIBEBASKAN – PEGUAM

PELAJAR ITALI-PALESTIN DITAHAN ISRAEL AKAN DIBEBASKAN – PEGUAM

139
0
Foto AGENSI
Foto AGENSI

ROME: Seorang pelajar Itali-Palestin yang ditahan tanpa tuduhan oleh pihak berkuasa Israel sejak Ogos lalu dijadual akan dibebaskan, kata peguamnya.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Khaled El Qaisi, 27, ditahan pada 31 Ogos lalu ketika menyeberang dari Tebing Barat ke Jordan selepas percutian bersama keluarganya di bandar kelahirannya di Bethlehem.

Ahli keluarga El Qaisi di Rom merayu kerajaan Itali untuk campur tangan bagi membantu pelajar universiti yang dilahirkan di Palestin itu, tetapi menjadi warganegara Itali.

Peguam, Flavio Rossi Albertini, mengesahkan kepada AFP bahawa El Qaisi sepatutnya dibebaskan, tetapi ‘tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi’.

Isteri El Qaisi, Francesca Antinucci, memberitahu harian Il Manifesto bahawa konsul Itali di Israel sudah mengesahkan kepadanya mengenai pembebasan suaminya itu yang masih belum selesai.

El Qaisi akan dikenakan jaminan dan dilarang meninggalkan Israel selama tujuh hari, kata Francesca.

Ahli keluarga bimbang El Qaisi, yang menurut mereka dikenakan soal siasat setiap hari ketika dipenjarakan akan diletakkan di bawah tahanan pentadbiran yang akan membolehkan Israel menahannya untuk tempoh boleh diperbaharui selama enam bulan tanpa mengenakan tuduhan rasmi.

Penahanan pentadbiran digunakan terutama terhadap rakyat Palestin, dengan pihak berkuasa Israel mendapat kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana menyalahgunakan langkah itu. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here