Home Luar Negara PELAJAR, GURU MAUT DALAM INSIDEN TERBARU TEMBAKAN DI SEKOLAH AS

PELAJAR, GURU MAUT DALAM INSIDEN TERBARU TEMBAKAN DI SEKOLAH AS

WASHINGTON: Seorang pelajar melepaskan tembakan di sebuah sekolah di negeri Wisconsin di utara Amerika Syarikat (AS), semalam, hingga mengakibatkan dua individu terbunuh dan beberapa yang lain cedera sebelum dia ditemukan meninggal dunia.

Ketua Polis Madison, Shon Barnes ketika sidang media memaklumkan dua individu, masing-masing guru dan pelajar, meninggal dunia di Sekolah Abundant Life iaitu sebuah sekolah swasta Kristian untuk kanak-kanak berumur lima hingga 18 tahun.

Beliau enggan berkongsi jantina atau umur tepat suspek yang bersekolah di sekolah berkenaan yang menempatkan kira-kira 400 pelajar itu.

Dua pelajar dirawat kerana cedera parah, manakala empat lagi berada di hospital dalam keadaan tidak kritikal.

Katanya, sepucuk pistol ditemukan di tempat kejadian dan keluarga suspek memberi kerjasama kepada siasatan polis.

Insiden mengerikan pada Isnin itu adalah yang terbaru membabitkan sekolah di AS.

“Saya rasa kita semua boleh bersetuju bahawa sudah cukup.

“Kita harus bersatu untuk melakukan segala yang terdaya untuk menyokong pelajar bagi mengelak sidang media seperti ini berulang lagi dan lagi,” kata Barnes kepada pemberita.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian tembakan oleh seseorang di sekolah itu sejurus sebelum 11 pagi waktu tempatan.

“Apabila pegawai tiba, mereka mendapati ramai mangsa yang cedera dan mencari seorang remaja disyaki bertanggungjawab untuk ini, meninggal dunia di dalam bangunan.

“Kami percaya penembak itu adalah pelajar di sekolah itu,” tambahnya, sambil berkata pegawai polis tidak pernah melepaskan tembakan. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here