Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas dipercayai terjun ke dalam sungai di sini, hari ini.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Abdullah, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 2.57 petang dan bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya sejauh 1.5kilometer (km) dari lokasinya.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak kami dapati wanita warga emas tersebut sudah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
“Sebelum ini, kami menerima panggilan kecemasan dari sistem MERS 999, menyatakan terdapat seorang wanita terjun ke dalam sungai,” katanya.
Ramli berkata seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim diarahkan bertindak ke tempat kejadian dengan sebuah jentera FRT-1.
IMedikel TV






