Home Buletin Semasa PAS BELUM PERINCIKAN PEMBAHAGIAN KERUSI BAGI PRN

PAS BELUM PERINCIKAN PEMBAHAGIAN KERUSI BAGI PRN

192
0

PAS masih belum mengadakan rundingan terperinci berhubung agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini hanya perbincangan perkara asas dilakukan berhubung agihan kerusi.

“Setakat ini hanya berbincang perkara-perkara asas sahaja tentang agihan kerusi, secara terperinci itu belum sampai lagi. Insya-allah masa itu ada lagi.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan karnival gedung pengeluaran makanan Terengganu tahun 2023 di dewan serbaguna MDS Sungai Tarom, di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya juga akan menyembah maklum tarikh pembubaran DewanUndangan Negeri (DUN) kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila tiba masanya.

Sumber: BH Online

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here