Home Buletin Semasa BELANJAWAN 2023, MEMBANGUN MALAYSIA MADANI  

BELANJAWAN 2023, MEMBANGUN MALAYSIA MADANI  

197
0

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dengan bertemakan ‘Membangunkan Malaysia Madani pada jumaat baru-baru ini.

Dinamakan Belanjawan Madani 2023, belanjawan kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion dengan rm289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Belanjawan ini menumpukan 12 ikhtiar utama kerajaan berdasarkan tiga tekad iaitu pemacu ekonomi yang inklusif dan mampan, pembaharuan institusi dan tadbir urus untuk mengembalikan keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan.

Ini merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah kerajaan perpaduan, sebelum ini belanjawan 2023 pada asalnya telah dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada oktober tahun lepas tetapi tidak diluluskan selepas parlimen dibubarkan.

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here