Home Buletin Semasa PARAS AIR SUNGAI GOLOK RANTAU PANJANG MELEPASI TAHAP BAHAYA

PARAS AIR SUNGAI GOLOK RANTAU PANJANG MELEPASI TAHAP BAHAYA

115
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Paras air di beberapa sungai utama di Kelantan dilaporkan melepasi tahap bahaya, amaran dan waspada setakat jam 4.30 petang, hari ini.

Menurut laman sesawang Public Info Banjir, Sungai Golok di Rantau Panjang (F1) merekodkan peningkatan apabila paras air berada pada 9.36meter melebihi tahap bahaya (9.00meter) sebanyak 0.36meter namun trend air semakin menurun.

Sementara itu, di Sungai Sokor di Kampung Sokor (F1) menunjukkan paras air pada 19.46meter dan melepasi tahap amaran (18.00m) sebanyak 1.46m dengan trend menaik. Tiada data hujan direkodkan di stesen tersebut.

Bagi Jambatan Melor (F2), paras air sekarang pada 7.63meter dan juga melepasi tahap waspada (7.00m) sebanyak 0.63meter. Bagaimanapun, trend bacaan menunjukkan tiada perubahan, dengan hujan 0.0mm.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan hujan berterusan buruk di Kelantan sehingga hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here