Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan Pahang Rangers FC yakin mampu menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, malam ini.
Beraksi di gelanggang sendiri dengan sokongan peminat tempatan menjadi kelebihan buat skuad bimbang jurulatih, Eloy Alonso Fraile untuk mencatat kemenangan yang diharapkan.
Bagi Fraile, pasukan Pahang Rangers kini berada dalam keadaan bersedia berhadapan lawan selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 9-2 pada perlawanan play-off di gelanggang sendiri Sabtu lalu.
Katanya, pemain memberi jaminan untuk memperkemaskan lagi corak permainan selain menajamkan serangan dan percubaan menerusi sepakan percuma dihadapan gawang lawan. Setiap peluang terhidang perlu digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan jaringan.
“Perlawanan dengan JDT ditempat sendiri perlu digunakan sepenuhnya untuk meraih kemenangan selesa sebelum membawa bekalan ke gelanggang lawan pada 10 Oktober depan.
“Walaupun rekod pertemuan Pahang Rangers dengan JDT musim ini berpihak pada lawan, namun tidak bermakna kemenangan tidak dapat dilakukan dengan sempurna,” katanya, dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah, gandingan pemain tempatan dan import diharap terus berkesan, ketika berhadapan ATM enam gol Pahang Rangers disumbang oleh pemain tempatan dan masing-masing satu jaringan oleh Felipe de Souza dan Rodrigo da Silva.
Fraile berkata, musim pertama membimbing Pahang Rangers impian tertinggi ingin diterjemahkan ialah untuk membawa pasukan beraksi dipentas final, lebih manis lagi sekiranya berpeluang menjulang piala kejuaraan.
“Tidak mustahil Pahang Rangers dapat menewaskan JDT dipentas separuh akhir malam ini walaupun pada dua pertemuan peringkat liga musim ini kemenangan berpihak pada lawan.
“Misi tertinggi kita musim ini untuk melangkah ke pentas final, hanya keputusan dua perlawanan separuh akhir menjadi penentuan kejayaan atau sebaliknya buat Tok Gajah musim ini,” katanya.
IMedikel TV






