Home Sukan SULTAN PAHANG BANTU PASUKAN PEKAN JUARA KEJOHANAN POLO PIALA TENGKU AMPUAN PAHANG

SULTAN PAHANG BANTU PASUKAN PEKAN JUARA KEJOHANAN POLO PIALA TENGKU AMPUAN PAHANG

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Pasukan Pekan dipaksa bekerja keras sebelum berjaya muncul juara Kejohanan Polo Piala Tengku Ampuan Pahang selepas menewaskan pasukan Cameron Highlands (CH) 5-4 di padang Royal Pahang Polo Club, di sini semalam.

Pasukan Pekan tampil garang dengan kehadiran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah. Sementara pasukan Cameron Highlands diperkuatkan oleh Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Aksi menarik dipamerkan sepanjang kedua-dua pasukan yang tampil garang memburu kemenangan, namun satu jaringan memisahkan antara juara dan naib juara.

Kehadiran peminat sukan polo tempatan menambahkan kemeriahan perlawanan akhir kejohanan polo Piala Tengku Ampuan Pahang yang julung kali diadakan.

Kejohanan Piala Tengku Ampuan Pahang merupakan antara acara yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC) tahun ini.

Pada saingan separuh akhir Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 antara Royal Pahang dan Royal Pahang II, kemenangan tipis berpihak pada Royal Pahang dengan keputusan 8-7.5.

Turut beraksi dalam pasukan Royal Pahang ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang tampil cemerlang sepanjang perlawanan yang begitu sengit itu.

Kejayaan Royal Pahang melayakan pasukan itu beraksi dipentas Grand Final Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 yang akan berlangsung di Royal Pahang Polo Club, petang ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here