Home Segmen Kesihatan OTROVERT: PERSONALITI ‘SEIMBANG’ ANTARA INTROVERT DAN EXTROVERT

OTROVERT: PERSONALITI ‘SEIMBANG’ ANTARA INTROVERT DAN EXTROVERT

370
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kita selalu dengar pasal introvert dan extrovert, tetapi jarang ambil tahu tentang otrovert.

Tak semua orang sesuai digelar introvert atau extrovert. Ada juga yang berada di tengah-tengah, dikenali sebagai otrovert.

Menurut perkongsian portal hellodoktor, individu otrovert mempunyai ciri unik kerana mereka boleh menyesuaikan diri dalam dua keadaan berbeza.

Golongan ini kelihatan mesra, suka bergaul, mampu berbual mesra dan ketawa ketika berada bersama orang ramai.

Namun, selepas sesi sosial itu, mereka akan memilih untuk menyendiri bagi memulihkan tenaga serta mencari ketenangan.

Otrovert mengimbangi dua dunia. Mereka perlukan rangsangan sosial dan teman, tetapi dalam masa yang sama kesunyian adalah terapi yang tidak boleh diganti.

Fenomena ini membuktikan bahawa personaliti manusia bukanlah terhad kepada dua kategori semata-mata, sebaliknya wujud dalam satu spektrum luas yang penuh dengan gabungan halus bagaimana seseorang berhubung, melepaskan penat, dan kembali menyusun diri.

Maka, tidak mustahil jika ada dalam kalangan kita yang sebenarnya bukan introvert atau extrovert, tetapi tergolong dalam kelompok otrovert.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here