Home Buletin Semasa OPS KESAN 4.0: KPDN PANTAU KENAIKAN HARGA SUSULAN SEMAKAN SST

OPS KESAN 4.0: KPDN PANTAU KENAIKAN HARGA SUSULAN SEMAKAN SST

449
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan OPS KESAN 4.0 sejajar dengan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasanskop Cukai Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, hal ini bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dengan tidak munasabah dan bertentangan dengan perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Skop penguatkuasaan merangkumi semua barangan dan perkhidmatan samaada yang terlibat atau tidak terlibat dengan semakan kadar SST termasuk barangan asas.

“KPDN akan membuat perbandingan harga dan caj perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan semakan kadar SST menerusi kutipan data yang dikumpulkan oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDN,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Selain itu, pihaknya juga memperkukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan menggalakkanpenglibatan awam sejajar dengan pelaksanaan.

“KPDN akan mengambil tindakan tegas jika kenaikan harga tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar perundangan pencatutan.

“Peniaga individu yang disabitkan kesalahan melakukan pencatutan boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali manakala bagisyarikat, denda sehingga RM500,000 boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Armizan berkata, KPDN juga menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan aduan berkaitan dengan caj, harga dan bekalan.

Saluran aduan disediakan untuk membolehkan orang ramai mengemukakan sebarang maklumat kepada
KPDN melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6245/6088 atau WhatsApp 012-665 4292.

Aduan juga boleh disalurkan melalui portal e-Aduan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my; Pusat Panggilan: 1-800 886-800 dan aplikasi telefon pintar, Ez ADU KPDN.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here