Home Buletin Semasa OPERASI PENCARIAN KANAK-KANAK HILANG DITERUSKAN

OPERASI PENCARIAN KANAK-KANAK HILANG DITERUSKAN

195
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Operasi pencarian seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang semalam di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini, diteruskan hari ini.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Kamalhakim Abdul Rahim seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah sampai di lokasi kejadian kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

“Hari ini sudah masuk hari kedua operasi pencarian. Kita menggunakan lori tiga tan, kenderaan Hilux bersama bot jenis fiber bersama Ketua Balai, PPgB Mohd Zulkiflee Osman.

“Pada jam 10.25 pagi, operasi pencarian secara “search and rescue” bersama pihak polis dan orang kampung diteruskan di kawasan sekitar mangsa yang dilaporkan hilang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

IMedikel TV pagi tadi melaporkan seorang kanak-kanak, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 1 tahun 7 bulan didapati hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here