Home Buletin Semasa PEKERJA MOTOSIKAL SEWA DIDAKWA EDAR DADAH LEBIH 16 RIBU GRAM

PEKERJA MOTOSIKAL SEWA DIDAKWA EDAR DADAH LEBIH 16 RIBU GRAM

220
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Seorang pekerja motosikal sewa didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 16,000 gram, pada 16 Februari lalu.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohamad Najmi Sukri, 24, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 16,177gram bertempat di pengkalan haram Hasan Merah, Rantau Panjang, di sini pada 10 pagi, 16 Februari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimi manakala tertuduh diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 Mei depan bagi serahan dokumen dan laporan kimia.

Terdahulu media melaporkan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menggagalkan cubaan menyeludup ketulan ganja mampat seberat 16.177kilogram (kg) bernilai RM50,184.70 selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di pangkalan haram Hasan Merah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here