Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah yang dikesan di Sekatan Jalan Raya Chabang 4 Salam Rantau Panjang, di sini.
Menurut ciapan di facebooknya, tangkapan dilakukan sepasukan anggota BN 7 PGA dan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan pada jam 9 malam semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN dan Ops Bersepadu di sini.
Suspek tiga orang lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun ditahan dan saringan awal ujian air kencing menunjukkan keputusan yang positif
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek diserahkan kepada AADK Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyalahgunaan dadah dari terus berleluasa di dalam negara.
IMedikel TV






