Home Hiburan NUBHAN LUANG MASA BERSAMA ANAK, ENGGAN ULAS ISU PINDAH BARANG

NUBHAN LUANG MASA BERSAMA ANAK, ENGGAN ULAS ISU PINDAH BARANG

205
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nubhan Ahamad, 40, didapati meluangkan masa bersama tiga cahaya matanya di kediaman yang pernah didiami bekas isteri bersama anak-anak di Senawang, Negeri Sembilan dalam suasana ceria.

Memetik laporan Harian Metro, situasi itu dikongsi Nubhan dalam beberapa video dimuatnaik pada hantaran di InstaStory miliknya yang memaparkan kegembiraan serta keakraban hubungan bapa dan anak.

Nubhan juga dilihat melayan anak-anaknya yang seronok bermain walaupun pada masa sama sibuk mempersiapkan diri untuk persaingan program Gegar Vaganza Ke-12 (GV12).

Pada saingan di peringkat separuh akhir GV12, malam tadi, Nubhan menjadi antara enam peserta berjaya mara ke malam final program itu yang dijangka pada 18 Januari ini.

Sementara itu, Nubhan ketika ditemui media berkata, tindakannya memindahkan barangan bekas isteri keluar dari rumah terbabit mempunyai alasan tertentu, namun dia enggan mengulas lanjut

“Semua yang saya lakukan bersebab dan saya tak mahu ulas lanjut kerana perkara ini masih berada di peringkat mahkamah. Semuanya turut berlaku atas nasihat peguam,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, Nubhan tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan untuk proses sulh atau mediasi bagi tuntutan harta sepencarian difailkan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36.

Terdahulu, Dr Fie memfailkan tuntutan harta sepencarian pada 3 Disember 2025.

Kegagalan Nubhan untuk hadir menyebabkan mahkamah mengarahkan pihak defendan memasukkan pembelaan pada 3 Februari depan. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here