Home Buletin Semasa NRES NAFI DAKWAAN LENGAHKAN SOP PERLOMBONGAN REE

NRES NAFI DAKWAAN LENGAHKAN SOP PERLOMBONGAN REE

326
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya Kerajaan Persekutuan sengaja melengahkan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan unsur nadir bumi (REE) adalah tidak berasas.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, SOP berkenaan sudah siap dan diedarkan kepada semua kerajaan negeri melalui surat bertarikh 20 Disember 2023.

NRES ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas. Isu ini sudah dijelaskan secara terbuka melalui kenyataan media bertarikh 29 Oktober 2024. SOP Perlombongan REE di Malaysia sudah disediakan dan diedarkan kepada semua kerajaan negeri melalui surat bertarikh 20 Disember 2023.

“SOP itu merangkumi panduan teknikal, pematuhan alam sekitar, pemulihan lombong serta kawal selia pengeksportan.

SOP yang dimaksudkan adalah dokumen rujukan menyeluruh berasaskan perundangan sedia ada. Ia telah disusun untuk membolehkan kerajaan negeri menyesuaikan pelaksanaannya mengikut undang-undang negeri masing-masing.

“Pelaksanaan SOP bergantung kepada kuasa undang-undang negeri masing-masing, dan kelewatan di peringkat negeri tidak wajar dipersalahkan ke atas Kerajaan Persekutuan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa perlombongan REE adalah dilarang di kawasan Hutan Simpan Kekal, Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan kawasan rizab perlindungan.

Dalam isu eksplorasi, katanya, ia adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan sudah diperuntukkan melalui enakmen negeri seperti Enakmen Mineral Kedah 2004.

Bagaimanapun, menurutnya aktiviti di kawasan lain masih boleh diteruskan, tertakluk kepada pematuhan dasar, akta dan garis panduan yang ditetapkan.

Nik Nazmi menyifatkan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menghalang pembangunan negeri sebagai tohmahan tidak berasas, dan menegaskan komitmen kerajaan untuk membangunkan sektor mineral secara bertanggungjawab dan lestari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here