Home Buletin Semasa SEMAKAN KEPUTUSAN TINGKATAN ENAM DIBUKA HARI INI

SEMAKAN KEPUTUSAN TINGKATAN ENAM DIBUKA HARI INI

499
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV


KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang memohon kemasukan ke Tingkatan Enam kini boleh menyemak keputusan mereka mulai hari ini secara dalam talian.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan semalam, semakan keputusan kemasukan Tingkatan Enam Semester 1 boleh dibuat melalui pautan rasmi https://sst6.moe.gov.my atau melalui sekolah asal masing-masing.

“Bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dikemukakan mulai hari ini hingga 25 Mei, manakala keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun depan di laman web yang sama,”menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan pelajar yang berjaya perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam pada 10 Jun depan.

Dalam perkembangan sama, KPM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan mulai hari ini hingga 25 Mei melalui pautan yang sama, dengan keputusan kemasukan akan diumumkan pada 3 Jun depan,”katanya.

Untuk maklumat lanjut dan semakan, layari https://sst6.moe.gov.my.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here