Home Hiburan NORA TIDAK TERBURU-BURU, RUJUK PAKAR SEBELUM AMBIL KEPUTUSAN BERPISAH

NORA TIDAK TERBURU-BURU, RUJUK PAKAR SEBELUM AMBIL KEPUTUSAN BERPISAH

422
0

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, masih berhubung dengan baik dengan suami, Dr Rushdi Ramli walaupun hari ini memfailkan perceraian. 

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling berkata, dia terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif mengenai perkahwinan dan perceraian sebelum membuat keputusan untuk berpisah. 

“Setakat ini, Alhamdulillah, hubungan antara saya dan dia masih baik. Kami tidak bermusuhan dan masing-masing sedar akan situasi yang berlaku. 

“Saya sendiri tidak membuat keputusan terburu-buru. Saya  merujuk kepada mufti, ustaz, dan individu berpengalaman dalam hal-hal syariah sebelum memfailkan perceraian ini.

“Perkara ini juga saya kongsi dengan ahli keluarga serta anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memahami,” katanya kepada Harian Metro. 

Ditanya mengenai maksud pengabaian dan keselamatan yang pernah didedahkan sebelum ini, Nora enggan mengulas lanjut.  

“Perkahwinan kami sudah memasuki tahun keenam dan selama ini ia bahagia. Namun, gangguan pihak ketiga yang tidak dapat kami dedahkan secara terperinci menyebabkan saya terpaksa mengambil tindakan memfailkan cerai,” katanya. 

Ditanya lagi sama ada suaminya ada memujuk untuk membatalkan hasrat bercerai, Nora berkata, dia juga tidak tahu apa isi hati suaminya itu. 

“Wallahu’alam. Saya tidak tahu apa ada dalam hati seseorang. Saya pun tidak pasti. Buat masa ini, saya hanya buat apa yang sepatutnya saya buat dan selebihnya saya berserah kepada Allah. Kalau dia nak pujuk, tunggu sahaja 6 Mei nanti. 

“Kami masih tinggal serumah ketika sambutan Hari Raya tempoh hari dan menghadiri jemputan bersama. Kami tidak bergaduh, tetapi kini hidup agak berjauhan.

“Saya banyak mengalah dan tidak bertanya lebih-lebih. Saya serahkan segalanya kepada dia” katanya. -HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here