Home Sukan NEWCASTLE TAMATKAN REKOD TANPA KALAH HULL

NEWCASTLE TAMATKAN REKOD TANPA KALAH HULL

LONDON: The Magpies menamatkan permulaan tanpa kalah The Tigers selepas Joe Willock dan Lewis Hall membantu Newcastle mendahului 2-0 sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, namun, Mohamed-Ali Cho merapatkan jurang buat Hull City sebelum Newcastle bertahan hingga wisel penamat untuk meraih kemenangan pertama di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selepas Newcastle membuka tirai perlawanan dengan pantas menerusi dua gol pada minit awal babak pertama, momentum beralih kepada Hull yang akhirnya merapatkan jurang menerusi Cho.

Situasi itu menjadikan penghujung perlawanan di St James Park cukup mendebarkan apabila Hull terus memburu gol penyamaan.

The Magpies mempamerkan aksi bertahan dengan menghalang setiap hantaran silang dan serangan Hull, sekali gus mengelak daripada mengulangi apa yang berlaku dalam banyak perlawanan musim lalu ketika mereka mendahului.

Kemenangan ke atas Hull juga menjadi kemenangan pertama Newcastle di laman sendiri dalam saingan liga musim ini dan cukup menggembirakan pengendalinya, Matthias Jaissle.

Newcastle kehilangan 27 mata daripada posisi sama musim lalu, paling banyak dalam liga, manakala musim ini mereka hanya tercicir mata sekali selepas mendahului.

“Ya, saya turut merasakannya. Namun, ia sesuatu yang sudah melekat, mungkin berpunca daripada trauma masa lalu.

“Jadi, saya harap kami boleh mengubah pemikiran itu dan pemain juga sudah memberitahu saya bahawa perlawanan seperti ini mungkin berakhir dengan keputusan berbeza.

“Jadi, kami cuba mengubah naratif dan kepercayaan itu juga. Harapnya dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, anda boleh melihat bahawa jika sesuatu berlaku, kami berada dalam keadaan positif.”

Perlawanan itu menyaksikan Sean Steur mencuri perhatian menerusi persembahan mengagumkan, namun dua lagi pemain yang dibawa masuk Newcastle pada musim panas terpaksa memulakan perlawanan dari bangku simpanan.

Aladji Bamba menyertai Newcastle dari Monaco dengan nilai perpindahan £35.5 juta (RM193.5 juta), manakala Bazoumana Toure tiba dengan nilai £43 juta (RM234.4 juta).

Toure membuat penampilan kedua dalam saingan liga selepas masuk sebagai pemain gantian ketika kekalahan 1-4 kepada Leeds, perlawanan yang menyaksikannya menjaringkan gol saguhati.

Kedua-duanya dimasukkan pada pertengahan babak kedua bagi membantu Newcastle mempertahankan kelebihan sehingga tamat perlawanan, namun masih belum disenaraikan dalam kesebelasan utama. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here