Home Hiburan NETIZEN SOKONG ABBY ABADI, HANTARAN “TRAUMA” JADI BUALAN

NETIZEN SOKONG ABBY ABADI, HANTARAN “TRAUMA” JADI BUALAN

37
0

KUALA LUMPUR: Hantaran ‘Trauma’ dimuatnaik usahawan, pelakon dan juga anggota Elite, Abby Abadi di platform media sosialnya sangat menarik perhatian ramai yang kagum terhadap kecekalan hati wanita itu.

Memetik laporan Harian Metro, bahkan, menerusi platform Threads pula didapati ada segelintir pengguna media sosial tampil dengan memuatnaik video lama Abby, 49, dan bekas suami, Norman Hakim ketika mereka berdepan kemelut rumah tangga.

Menerusi video lama dipaparkan itu juga, kelihatan Abby dan Norman berhadapan dengan pihak media yang menemubual mereka di lokasi penggambaran sebuah drama di ibu kota.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen yang mengikuti video temubual itu menyifatkan Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan adalah wanita kuat, tabah dan penuh kesabaran.

“Ayuh kita ‘support’ bisnes Abby. Sokong wanita hebat,” komen seorang wargamaya. 

“Mama kuat. Jom ‘support’ Mama Abby,” tulis pengguna media sosial.

“Ya Allah, video lama ni. Kak Abby kuatnya kamu,” ujar seorang warganet.

“Kakak Abby, semoga segala urusan dipermudahkan dan lancar,” kata netizen.

Semalam, menerusi hantaran Trauma yang dimuatnaik Abby memaklumkan terlalu banyak luka disimpannya, namun demi anak-anak dan keluarga dia menjadi kuat.

“Luka yang tersimpan. Banyak sebenarnya yang nak saya kongsikan. Tapi cukuplah yang ini untuk di luar sana peduli. Saya sudah penat mentalnya.

“Kenapa ‘share’ (kongsi) di sini (media sosial). Biar orang luar pun tahu apa yang terbuku dan memang sudah tidak mampu disimpan lagi,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Abby yang kini bahagia di sisi suami, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai dan tiga cahaya mata, pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup bersama Norman, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, Marissa Dania Hakim, 21, dan Maria Danisha Hakim, 18. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here