Home Sukan NANTHAKUMAR MAHU NSFC AKHIRI LIGA DENGAN KEMENANGAN

NANTHAKUMAR MAHU NSFC AKHIRI LIGA DENGAN KEMENANGAN

353
0

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) bakal turun menentang Kuching City FC dalam aksi penutup tirai saingan Liga Super musim ini tanpa tiga pemain utama iaitu membabitkan Takumi Sasaki, Ricardo Pires Santos dan Hein Htet Aung kerana masalah penggantungan.

Memetik laporan Harian Metro, situasi itu disahkan ketua jurulatih NSFC, K Nanthakumar, namun beliau tidak begitu bimbang dan tetap bersedia untuk menurunkan barisan kesebelasan terbaik dalam pertembungan penutup tirai di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

“Walaupun persiapan kita untuk menentang Kuching City sedikit terganggu apabila tidak dapat menurunkan tiga pemain utama kerana masalah penggantungan, tapi saya sudah sedia untuk membariskan pemain terbaik, yang akan menggalas cabaran itu nanti.

“Sasaran kita tetap untuk mendapatkan kemenangan walaupun menentang pasukan yang lebih baik dan berada di atas.

“Saya sudah pesan kepada pemain bahawa perlawanan ini menjadi penanda aras terhadap prestasi serta keupayaan mereka musim ini dan mereka perlu terjemahkan persembahan terbaik serta pastikan pasukan meraih keputusan positif,” katanya.

Pengendali itu tidak menolak kemungkinan bakal mempertaruhkan gandingan Muhamad Hadin Azman dengan A Selvan bagi menerajui jentera serangan meskipun Selvan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dialami pemain itu.

“Saya mungkin juga akan menurunkan pemain muda bawah 23 tahun untuk membantu posisi tertentu bagi mengimbangi kekuatan dan keupayaan pasukan lawan,” kata bekas pemain kebangsaan berasal dari Perak itu. – Harian Metro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here