PERAK: Pemandu lori muatan batu kerikil yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini sudah ditahan pihak polis bagi siasatan lanjut.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, suspek lelaki berusia 40-an yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu ditahan pagi tadi dan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
“Hasil ujian saringan awal mendapati pemandu lori negatif dadah. Namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas dan mendapatkan maklumat tambahan,” katanya memetik Sinar Harian.
Terdahulu media melaporkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU pada 8.54 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
Lapan anggota FRU maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. – Sinar Harian –
IMedikel TV






