Home Sukan NAFUZI BANGGA KARAKTER, MENTALITI PEMAIN

NAFUZI BANGGA KARAKTER, MENTALITI PEMAIN

131
0

ALOR SETAR: Tiga mata yang diraih selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi Liga Super malam tadi melegakan ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain dalam usaha mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas.

Memetik laporan Berita Harian, Kedah kekal di tangga ketiga dengan 40 mata, tiga mata di belakang pasukan tangga kedua Selangor FC yang bagaimanapun beraksi lebih satu perlawanan berbanding mereka.

“Saya bersyukur atas kemenangan dan persembahan semua pemain malam ini dan apa yang kami nampak adalah perbezaan ketara berbanding ketika aksi Piala Malaysia sebelum ini kerana kami bermain dengan karakter dan mentaliti berbeza dari awal hingga akhir.

“Kami menentang pasukan yang bagus seperti Sri Pahang dan mereka juga mempunyai pemain berkualiti yang tidak mudah untuk kita tangani.

“Namun kami berjaya mempamerkan aksi terbaik dari segi intensiti, kemahuan untuk menang dan kerja keras yang diharapkan tidak seperti perlawanan sebelum ini yang terlalu memberi ruang dan memudahkan lawan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Tuan rumah memastikan tiga mata menerusi gol sumbangan Ifedayo Olusegun dan J Partiban pada babak pertama di Stadium Darul Aman.

Mereka akan melayan kunjungan Perak FC pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Alor Setar pada 18 Ogos ini. Di Ipoh, Kedah tumbang 3-1.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here