Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
PASIR PUTEH: Jabatan Penerangan Malaysia, JaPen, Kelantan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti penggunaan jalur lebar di kawasan tertentu.
Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor, berkata pihaknya akan memperkukuhkan jaringan internet di kawasan terbabit.

“Dari segi jalur lebar ni merupakan agenda kementerian komunikasi dan multimedia dan merupakan agenda kerajaan untuk mempertingkatkan jaringan internet lah dari segi ketersambungan di seluruh negara termasuklah negeri kita KELANTAN.
“Alhamdulillah dari masa ke semasa kami di jabatan penerangan sentiasa bekerjasama rapat dengan skmm bagi mengenal pasti jika masih ada lagi kawasan-kawasan yang memerlukan sentuhan untuk kita memperkukuhkan lagi jaringan komunikasi tempat tersebut dan kita akan laksanakan tanggungjawab ini dari semasa ke semasa secara berterusan,”katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas menjawab pertanyaan pemberita berkenaan kekangan penggunaan jalur lebar internet bagi guru dan pelajar di sekolah terutamanya di luar bandar.
Nor Aswadi sebelum itu merasmikan Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023, Peringkat Negeri Kelantan, Di Smk Dato’ Ismail, Pasir Puteh, di sini, Rabu lalu.
Imedikel TV






